Perjanjian 20-Perkara (20-points agreement) North Borneo a.k.a Sabah  

Posted by DJBen

  • Kebanyakkan rakyat Sabah tidak kira kaum sudah lupa dan ada yang tidak tahu akan perjanjian 20-perkara North Borneo a.k.a Sabah dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
  • Jika kita lihat dan kaji perjanjian 20-perkara ini memang amat ketara kita telah dipermainkan oleh Semenanjung Malaysia yang akan sudah lupa atau tidak kisah mengenai perjanjian ini.
  • Apa yang termaktub dalam perjanjian ini telah dipesongkan supaya rakyat Sabah tidak mengetahui dan keliru akan perjanjian ini dan tidak menuntut hak yang sepatutnya.
  • Rakyat Sabah terutama orang-orang mudah harus diberitahu dan diingatkan mengenai perjanjian ini.
  • Kita lihat apa yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menutup dan melupuskan perjanjian ini. Kita lihat saja buku sejarah yang kita belajar di sekolah tidak menyentuh satupun mengenai perjanjian 20-perkara ini. lebih dititik beratkan mengenai Sejarah kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1959 tetapi langsung tidak melaporkan tentang pembentukan Malaysia antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dan perjanjian-perjanjian yang termaktub pada masa itu.
  • Kenapa ini berlaku? itu adalah sejarah penting tetapi cuba dikaburi dan ditutupi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab supaya orang-orang Sabah dan Sarawak lupa dan tidak tahu akan kewujudan perjanjian tersebut terutama kepada generasi-generasi mudah.
  • Bayangkan jika semua orang berdiam, biarkan sejarah tersebut hilang begitu saja, orang-orang tua kita tidak bercerita dengan kita tentang sejarah dan perjanjian-perjanjian tersbut maka hak-hak dan keistimewaan kita semakin lama semakin hilang dan kita akan senantiasa dikuasai oleh semenanjung Malaysia seperti apa yang berlaku hari ini.
  • Cuba bayangkan hari ini jika hak-hak keistimewaan kita seperti yang termaktub dalam perjanjian 20-perkara tersebut masih dipakai, kita bukanlah antara negeri termiskin di Malaysia. Bayangkan peluang pekerjaan di negeri ini semua diberi keutamaan kepada penduduk/ rakyat Sabah dan tahap pengangguran di negeri ini semestinya kecil dan mungkin kosong. Anak-anak Sabah tidak lagi ditipu kerja di luar negeri dan berakhir dengan pelacuran dan kerja-kerja haram. Anak-anak Sabah yang pintar mendapat pendidikan dengan pemberian biasiswa belajar ke luar negara.
  • Tetapi apa yang kita impikan tidak berlaku disebabkan kita telah dimanipulasi kan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita telah di-ambil hak dan keistimewaan kita dan yang paling teruk walaupun kita tahu akan apa yang berlaku ini kita masih lagi berdiam diri dan biarkan ia berlaku.
  • Mungkin kita salahkan ahli politik kita, wakil-wakil rakyat kita tetapi yang patut kita salahkan adalah diri kita terlebih dahulu sebab kebenarannya kita mempunyai hak untuk memilih supaya hak-hak dan keistimewaan kita dapat dikembalikan tetapi kita lihat apa yang kita pilih hari ini... fikirkanlah.
  • Walaupun begitu kita masih boleh kembalikan hak-hak tersebut sebab perjanjian 20-perkara masih wujud cuma diketepikan oleh orang-orang tertentu supaya kita boleh dimanipulasikan. Kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan saya percaya we can change and let we change.
  • Generasi muda masa kini mempunyai suara yang paling kuat dan kita lihat seperti pemilihan presiden U.S baru-baru ini. President Amerika berkulit hitam pertama dalam sejarah. Semua ini adalah hasil daripada suara orang-orang mudah dan orang yang percaya akan adanya perubahan.
  • Apa yang boleh kita lakukan pada masa sekarang? kita sepatutnya spread the truth dan beritahu semua orang (rakyat Sabah) akan kebenaran dengan perjanjian 20-perkara ini. Semua kita perlu tahu apa isi kandungan perjanjian tersebut dan bagaimana dan apa hak-hak yang kita sepatutnya ada pada masa kini.
  • Apa itu perjanjian 20-perkara? mungkin terlalu panjang jika saya masukkan dalam post kali ini, saya akan masukkan dalam post akan datang dan buat sementara waktu boleh dilayari di sini http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement_(Sabah)
  • Untill my next post... chiow....

This entry was posted on Friday, November 21, 2008 at 6:56 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

5 comments

Orang2 yang tidak bertanggungjawab itu adalah orang2 yang makan rasuah....yang pentingkan diri mere sendiri tanpa berfikir ..apakah yg akan berlalu pada masa akan datang. Sebenarnya..Sabah dan Sarawak boleh mengikut jejak Singapore,keluar dari Malaysia tapi ..itu la CORRUPTION!! buatkan orang2 kita sendiri terpedaya and fikir la..sampai bila rakyat kita sendiri mau menjadi kerbau kepada org2 yg tidak bertanggungjawab ini...kan..bagai kerbau yg di cucuk hidungnya..ikut saja cakap!! Heiii rakyat Sabah,Bangun la...WAKE UPPPPPP !!

November 23, 2008 at 1:39 PM

Butul tu geng... saya pun pernah dengar tapi tidak pernah ada orang yg cuba untuk menerangkan isi kandungan yg betul2... bagi saya... kalau kita betul2 bersatu mengembeling tenaga nescaya dalam masa 10 tahun kita akan lebih memahami dan mungkin mampu berdikari sendiri... wake up sabahan... wake up...

March 14, 2009 at 6:51 AM
This comment has been removed by the author.
September 15, 2010 at 1:36 AM

mari la kita sama2 mengingati perjuangan donald stephen..ramai suda urang lupa pasal tragedi triple 6…kpada urang@idupan liar yg nda tau sjarah,sabah mmg suda khabisn bnyk sumber .ditambh lagi sama populasi pti yg melampau..mmg susah.satu ja yg smua urang sabah mst ingat, kalau donald stephen nda meninggal tym triple 6, jgn ingt kita buli kna kasi buduh2 macam apa yg jadi skarang..tapi urang sabah mmg cool bha..kekalkn budi bhasa kita sbab tu trademark urang sabah tu..jgn snang2 kna provokasi..bnyk2 kn berdoa n harap2 la ada urang yg akan step up to make the difference(DDJK),
Saya terharu dengan segala nasib malang yang telah ditempuhi sekian lama oleh penduduk negeri sabah dan Negeri Sabah amnya.
Baru sahaja pemimpin teragung kita mengatur stretigi untuk mempertahankan hak-hak negeri sabah, sudah hihapuskan oleh konspirasi. Lihatlah keadaan kita sekarang ini, dicap Negeri paling termiskin dalam Malaysia. Padahal negeri kita kaya pada masa itu. Kemanakah kekayaan Negeri kita pergi?
Selepas pemimpin agung kita dihapuskan oleh konspirasi, pemimpin-pemimpin yang tamak mulai berebut-rebut jawatan KM. Ini memberikan peluang pemimpin Federal memanipulasikan mereka.Federal kata begini, “kalau awak setuju dengan syarat kami, awak boleh jadi KM”. Si tamak kata, “yes bos”. Kerana “yes bos”lah Negeri kita mengalami nasib yang malang ini. Hasil negeri semuanya mengalir keluar dari negeri kita. Kalau ada yang tertinggalpun dibantai juga oleh pemimpin-pemimpin local yang cuma mahu mengkayakan diri.
The 20-Point Agreement ialah umpama dinding perisai, tembok pelindung buat orang-orang SabahSarawak. Kalau roboh tembok ini maka hilanglah kekebalan SabahSarawak, sia-sialah usaha British dan bapa-bapa kemerdekaan SabahSarawak yang berkerja siang malam menyiapkan The 20-Point Agreement buat anak-anak merdeka. Buat mereka-mereka yang sudah tahu tetapi buat tak tahu, buat mereka-mereka yang tidak tahu tetapi tidak mahu tahu, dan buat mereka-mereka yang serba-serbi tahu tetapi kedekut hendak beritahu, atau serba-serbi tak tahu tetapi buat-buat tahu.Juga sasaran ialah generasi baru Sabah dan Sarawak yang bersikap acuh tak acuh pada makna ‘The 20-Point Agreement’, walhal kepentingannya ibarat telefon bimbit buat orang-orang Malaysia Timur. Tanpa talian hayat 20-Point selamanya orang Sabah dan urang Sarawak akan sesat di dalam hutan konkrit Malaysia moden. Jangan lagi menunggu sehingga bisuk baru mahu mendail.
http://knightadventure.blogspot.com/2009/07/sejarah-malaysia.html

March 18, 2011 at 1:10 AM

post the 20 perkara......we talk about it but one one ever consider to post it...what is th 20 perkara....

September 1, 2012 at 5:04 AM

Post a Comment